Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AKM NEGERI SELANGOR KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AKM NEGERI SELANGOR KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN SELANGOR

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
 
𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
 
YBrs. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Adnan, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat kepada YM Raja Nazirin Shah Raja Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor.
Kunjungan hormat ini merupakan platform perbincangan dan diskusi kolaboratif di antara AKM Negeri Selangor dan Yayasan Selangor, bertujuan untuk meneroka ruang kerjasama strategik yang lebih luas di samping memperkukuhkan hubungan melalui pelaksanaan program Kenegaraan Malaysia MADANI yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Turut hadir dalam sesi pertemuan ini, YBrs. Tuan Mahadi bin Mhd Tahil, YBrs. Tuan Zamzuri Ja’afar, YBrs. Tuan Suhaimi Sulaiman dan YBrs. Tuan Ahmad Farhan barisan pimpinan utama daripada Yayasan Selangor serta Puan Norhaslinda binti Nordin, Puan Syafura binti Rahman dan Puan Syahirah Hirdayah binti Shamsul Bahrim daripada Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor.
Pihak Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor atas sesi kunjungan hormat ini dan moga jalinan akrab akan terus terjalin erat.