Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
KUNJUNGAN HORMAT SEKRETARIAT PERUNDINGAN PEMBANGUNAN UMMAH (SPPU)

KUNJUNGAN HORMAT SEKRETARIAT PERUNDINGAN PEMBANGUNAN UMMAH (SPPU)

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐊𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 (𝐒𝐏𝐏𝐔) 𝐊𝐄 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐊𝐌), 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
 
𝟏𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
 
Kunjungan hormat daripada Sekretariat Perundingan Pembangunan Ummah (SPPU) ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah berlangsung pada hari ini.
Kunjungan hormat telah diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Nakhaie bin Haji Ahmad, Pengerusi Sekretariat Perundingan Pembangunan Ummah (SPPU). Turut hadir ialah YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Setiausaha SPPU yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBrs. Tuan Haji Zamri bin Zainal Abidin, Setiausaha Kerja SPPU dan ahli jawatan kuasa kerja yang lain.
Manakala AKM telah di ketuai sendiri oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM. Turut hadir sama ialah YBrs. Puan Masila binti Ya'kub, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), AKM, YBrs. Tuan Sharir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) AKM dan pengarah-pengarah bahagian AKM.
Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan program bagi menyebarkan maklumat serta kefahaman berkaitan kenegaraan dan nilai teras Malaysia MADANI yang memberi fokus khusus kepada golongan ilmuan dan agamawan negara.
Semoga kolaborasi strategik ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk melaksanakan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dalam melaksanakan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI serta membangun Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.