Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Kursus Kenegaraan MADANI (Diaspora Malaysia) Majlis Amanah Rakyat (MARA) siri kali ini telah dilaksanakan pada 6-10 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, Sepang, Selangor

Kursus Kenegaraan MADANI (Diaspora Malaysia) Majlis Amanah Rakyat (MARA) siri kali ini telah dilaksanakan pada 6-10 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, Sepang, Selangor

Kursus Kenegaraan MADANI (Diaspora Malaysia) Majlis Amanah Rakyat (MARA) siri kali ini telah dilaksanakan pada 6-10 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, Sepang, Selangor. Penyertaan kali ini melibatkan 106 pelajar tajaan MARA yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ke United Kingdom, Australia dan New Zealand. Kursus dimulakan dengan sesi taklimat program yang disampaikan oleh Cik Ekafarlina binti Saparuddin selaku Penyelaras Program. Sepanjang 5 hari berkursus, peserta telah melalui modul latihan kenegaraan bagi meningkatkan pemahaman berkaitan Pembinaan Negara Bangsa dalam kerangka Sejarah Negara, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Teras Malaysia MADANI. Selain sesi diskusi, peserta juga merasai pengalaman kembara hutan, perkemahan, aktiviti fizikal serta tali tinggi yang mana dapat memperkukuhkan nilai jati diri, daya tahan serta displin diri sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara nanti. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam program ini dapat memperkukuhkan semangat patriotik mahasiswa bakal pemimpin masa hadapan negara.