Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Kursus Kenegaraan MADANI (Diaspora Malaysia)

Kursus Kenegaraan MADANI (Diaspora Malaysia)

Pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2024 di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu Sepang Selangor telah dilaksanakan Kursus Kenegaraan MADANI (Diaspora Malaysia). Seramai 82 orang peserta yang bakal melanjutkan pengajian mereka ke Perancis, Ireland dan United Kingdom telah menghadiri kursus intensif selama 5 hari 4 malam. Pelajar ini telah diberikan kefahaman tentang modul kenegaraan Malaysia MADANI melalui latihan dalam kumpulan bagi membentuk jati diri unggul setiap pelajar. Para pelajar diberikan pemahaman bagi pengamalan berkaitan nilai teras konsep Malaysia MADANI, ta’aruf personaliti diri, kembara hutan, rekreasi tali tinggi dan refleksi. Menerusi pelaksanaan Kursus Diaspora tajaan MARA ini diharapkan dapat membantu para peserta dalam memahami konsep pembinaan Negara Bangsa Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan sejarah kenegaraan. Konsep-konsep penting pembinaan negara bangsa seperti asimilasi, integrasi, nasionalisme, patriotisme, pembentukan jati diri, hubungan etnik dan pengurusan perpaduan masyarakat majmuk telah dibincangkan secara kritis bagi mencetus kesedaran dan pemikiran matang peserta. Melalui Seksyen Institusi Pengajian, Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan dan Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu Selangor, AKM dengan kerjasama pegawai dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA ini dapat memberi impak yang positif sebagai persediaan diri sebelum para peserta melanjutkan pengajian ke luar negara.