
Kursus Kenegaraan MADANI (𝐃𝐢𝐚𝐬𝐩𝐨𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚) Majlis Amanah Rakyat di Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Pahang
Hits: 66
Seksyen Institusi Pengajian, Bahagian Latihan Belia Dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia telah menganjurkan Kursus Kenegaraan MADANI (𝐃𝐢𝐚𝐬𝐩𝐨𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚) Majlis Amanah Rakyat di Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Pahang pada 29 November hingga 3 Disember 2024. Penyertaan kali ini telah melibatkan seramai 103 orang pelajar tajaan MARA yang bakal melanjutkan pengajian ke Jordan pada tahun hadapan. Taklimat program telah disampaikan oleh Cik Ekafarlina binti Saparuddin, Penolong Pengarah Seksyen Institusi Pengajian merangkap Penyelaras Program bagi kursus pada kali ini. Kefahaman asas berkaitan ilmu kenegaraan melalui Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara menjadi bahan rujukan peserta bagi sesi latihan dalam kumpulan yang telah dikendalikan oleh Pegawai Latihan dan Tutor Kenegaraan Akademi Kenegaraan Malaysia. Kursus 5 hari 4 malam ini juga memberikan pendedahan dalam aktiviti rekreasi luar seperti kembara hutan, perkhemahan dan aktiviti tali tinggi (𝒂𝒃𝒔𝒆𝒊𝒍𝒊𝒏𝒈). Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan turut mendapat maklumbalas yang positif daripada kalangan peserta. AKM mendoakan agar semua pelajar selamat berangkat ke luar negara dan dapat bertiwikrama di sana dengan beroleh kejayaan sebagai Duta Kecil Malaysia. 
