Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) POLITEKNIK

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) POLITEKNIK

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝟕 - 𝟗 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟏𝟓| 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 -𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politkenik
Besut - Seksyen Belia dan TVET, Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politkenik. Kursus ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politkenik yang terdiri daripada gabungan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dan Politeknik Mersing, Johor.
Kursus ini bermatlamat untuk memperkasa pengetahuan berkenaan dengan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI. Selama 3 hari 2 malam berlangsungnya kursus ini, para peserta telah menjalankan pelbagai aktiviti dan diberi pendedahan berkenaan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan lancar dan turut mendapat maklumbalas yang positif dalam kalangan peserta yang hadir.