
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Institusi Pendidikan (UTeM)
Hits: 40
YBrs. Tuan Roslan Bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) AKM telah hadir untuk Sesi Bicara Santai bersama-sama peserta Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Institusi Pendidikan (UTeM). Kursus anjuran Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia telah berlangsung pada 20 hingga 23 Julai 2024 bertempat di PLK Ulu Kenas, Negeri Perak.
Seramai 122 orang peserta terdiri daripada pemimpin persatuan dan kelab dibawah HEPA UTeM dan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UTeM. Turut bersama-sama YBhg Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM. Secara keseluruhannya, kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan sejarah kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Sekaligus memperkukuhkan organisasi dan kompetensi pelaksana dasar, terutama berperanan dan punyai tanggungjawab bagi membina negara bangsa dalam kalangan mahasiswa.