
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGM ZON TENGAH
Hits: 21
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐈𝐏𝐆𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇
𝟐𝟎 - 𝟐𝟐 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 - 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐏𝐋𝐊
𝐓𝐠. 𝐑𝐡𝐮
Bahagian Latihan Belia menerusi Seksyen Institusi Pengajian telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Tengah pada 20 hingga 22 Februari 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Tg Rhu, Selangor
Seramai 135 orang telah menghadiri kursus ini didedahkan dengan kefahaman berkaitan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Nilai Malaysia MADANI.
Peserta terdiri daripada Jawatankuasa perwakilan pelajar IPGM Zon Tengah iaitu Kampus Bahasa Melayu, Kampus Pendidikan Islam, Kampus Bahasa Antarabangsa, Kampus Ilmu Khas dan Kampus Ipoh.
Bicara Malaysia MADANI : Membina Negara Bangsa disampaikan oleh Encik Mohd Kamal bin Mohd Affandi, Ketua Seksyen Institusi Pengajian, Bahagian Latihan Belia pada hari pertama kursus.
Majlis Penutup Kursus ini dirasmikan oleh YBrs. Dr Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Turut bersama YBrs. Encik Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah Bahagian Latihan Belia AKM, Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGM Zon Tengah.
Semoga dengan pendedahan berkaitan ilmu kenegaraan ini menjadi nilai tambah dalam penjanaan kesedaran dan peningkatan jati diri kepada semua.