
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI KOMUNITI BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Hits: 13
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍
𝟏𝟒 – 𝟏𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 - 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐧𝐝𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Akademi Kenegaraan Malaysia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL) telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani Komuniti Belia Wilayah Persekutuan Labuan pada 14 Hingga 16 Februari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, Sabah.
Kursus selama 3 hari 2 malam ini melibatkan peserta dari kalangan belia berorganisasi di Wilayah Persekutuan Labuan. Para peserta telah didedahkan dengan modul latihan Kenegaraan Malaysia Madani yang menekankan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI.
Peserta juga dinilai memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang kursus ini
dilaksanakan.
Berdasarkan penilaian peserta, kursus ini telah memberikan impak positif dan jalinan kerjasama yang baik di antara semua pihak yang terlibat.
Turut bersama dalam program ini ialah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.