Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI KOMUNITI KEPIMPINAN MAJLIS BELIA FELDA

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI KOMUNITI KEPIMPINAN MAJLIS BELIA FELDA

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀
𝟐𝟐 - 𝟐𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 - 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐧𝐝𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Bahagian Latihan Komuniti, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Komuniti Kepimpinan Majlis Belia Felda Malaysia yang bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang. Kursus ini diadakan secara bersemuka selama 4 hari 3 malam.
Program yang dilaksanakan telah dihadiri seramai 60 orang peserta daripada komuniti generasi pelapis Felda Sahabat,Lahad Datu Sabah.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan input Malaysia MADANI kepada peserta melalui kaedah perkongsian pengetahuan Malaysia MADANI dan perbincangan kumpulan serta sesi interaktif dalam kumpulan bagi menambah baik modul komuniti. Penutup program ini telah dilaksanakan oleh Ketua Seksyen Peneroka Bahagian Latihan Komuniti Encik Rozihan bin A. Rahim.