Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) Amanah Raya Berhad Siri 4

Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) Amanah Raya Berhad Siri 4

Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) kali ini meneruskan lagi Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) Amanah Raya Berhad Siri 4 pada 1 hingga 3 Julai 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.
 
Seramai 100 orang peserta telah menyertai program kali ini yang disertai oleh Eksekutif dan kakitangan Amanah Raya Berhad serta anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Amanah Raya.
 
Sehingga kini hampir 400 orang pegawai dan kakitangan Amanah Raya Berhad telah mengikuti Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat).
 
Terima kasih Amanah Raya Berhad atas kerjasama menjayakan pelaksanaan program bersama-sama AKM.