
Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) bersama MMC Group of Companies (MMC)
Hits: 58
Hampir 200 orang peserta daripada MMC Group of Companies (MMC) telah berjaya menjalani Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri A dan B. Peserta kali ini merupakan dalam kalangan pegawai dan eksekutif muda daripada 13 buah anak syarikat di bawah MMC Group seluruh Malaysia. Mereka terdiri daripada MMC Corporation Berhad HQ, Gas Malaysia Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Port of Tanjung Pelepas (PTP), Johor Port Berhad, Penang Port Sdn Bhd, Northport (Malaysia) Bhd, Kontena Nasional Berhad, MMC Engineering Sdn Bhd, Alam Flora Sdn Bhd, Aliran Ihsan Resources Berhad, MMC Oil & Gas Engineering Sdn Bhd dan Senai Airport Terminal Services. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ismail Bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Selama 3 hari 2 malam ini para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan Kenegaraan, Rukun Negara, Perlembagaan dan Malaysia MADANI berteraskan modul latihan kenegaraan Malaysia MADANI yang telah disusun atur. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ainul Raihan Ahmad selaku Head, Group Human Resources & Administration MMC. Terima kasih buat seluruh warga kerja MMC Group of Companies yang telah memberikan komitmen padu serta kerjasama yang cukup energetik sepanjang program ini berlangsung.