
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (MAHASISWA NEGARA) ZON TENGAH 2025
Hits: 47
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀) 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝟐𝟑 - 𝟐𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 - 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐑𝐡𝐮, 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
Bahagian Latihan Belia menerusi Seksyen Institusi Pengajian dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Awam (Zon Tengah) telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Mahasiswa Negara) Zon Tengah Tahun 2025 pada 23 hingga 25 Februari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, Sepang Selangor.
Penyertaan kali ni telah melibatkan mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Peserta telah diberikan pendedahan berkaitan sejarah kenegaraan, ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan & Malaysia MADANI.
Semoga dengan sedikit pendedahan awal berkaitan ilmu kenegaraan ini menjadi nilai tambah dalam penjanaan kesedaran dan peningkatan jati diri kepada semua.