
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (MAHASISWA NEGARA)
Hits: 24
𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀) 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝟏𝟔 - 𝟏𝟖 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 - 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐏𝐋𝐊
𝐆𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐢
Bahagian Latihan Belia menerusi Seksyen Institusi Pengajian dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Awam (Zon Selatan) telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Mahasiswa Negara) Zon Selatan Tahun 2025 pada 16 hingga 18 Februari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Gunung Pulai, Kulai Johor.
Penyertaan kali ni telah melibatkan mahasiswa daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Peserta telah diberikan pendedahan berkaitan sejarah kenegaraan, ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan & Malaysia MADANI yang telah disampaikan oleh pegawai latihan dari Pusat Latihan Kenegaraan Gunung Pulai.
Turut hadir bersama semasa sesi Majlis Penutup ialah Yang Berusaha Prof. Ts. Dr. Andul Rasid Bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM.
Beliau juga memberikan ucaptama serta perkongsian dengan para peserta berkenaan pendidikan, kenegaraan dan pengalaman sepanjang beliau berkhidmat.
Semoga dengan sedikit pendedahan awal berkaitan ilmu kenegaraan ini menjadi nilai tambah dalam penjanaan kesedaran dan peningkatan jati diri kepada semua.