
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : MAHASISWA USM SIRI 2
Hits: 19
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐒𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐
𝟐𝟓-𝟐𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 - 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮
Telah berlangsungnya Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI ini telah dihadiri seramai 98 orang mahasiswa daripada pelajar tahun satu dari pelbagai pusat pengajian di USM. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, Universiti Sains Malaysia, Yang Berusaha Encik Shukeri Bin A. Rahaman
KURSUS KENGARAAN MALAYSIA MADANI ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman peserta mengenai konsep Malaysia MADANI sebagai landasan pembangunan negara yang inklusif, progresif, dan berteraskan nilai moral. Pelbagai aktiviti outdoor dijalankan. Selain itu, pendekatan Pasca-Normal ditekankan dalam kursus ini dengan penerangan berkaitan 4 S (Speed, Scale, Scope, Simultaneity) yang memberi kesan kepada 3 C (Complexity, Chaos, Contradiction). Pendekatan ini selaras dengan usaha membina masyarakat yang harmoni serta menjunjung prinsip kenegaraan.
Peserta memberi maklum balas positif dimana kursus ini memberi manfaat dan perlu diteruskan pada masa akan datang.