
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : MAHASISWA YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Hits: 23
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
𝟐𝟏-𝟐𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 - 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐮 𝐒𝐞𝐩𝐫𝐢
Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia menerusi Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Negeri Sembilan dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan pada tarikh 21 hingga 23 Februari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Negeri Sembilan.
Program telah berlangsung secara bersemuka dengan penyertaan daripada Exco Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan seluruh Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Selama 3 hari 2 malam, para peserta telah melalui Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang memberikan pendedahan berkenaan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Peserta turut berpeluang menjalani aktiviti rekreasi luar seperti kembara hutan. Para peserta juga telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini dilaksanakan.
Pengisian kursus ini turut melibatkan slot daripada Yayasan Negeri Sembilan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Nor Azman Mohamad, Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir dan memberikan ucapan aluan ialah Pengarah Negeri Akademi Kenegaraan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Encik Sufian bin Yusof.