
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI : MAYC Wilayah Persekutuan
Hits: 33
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI : MAYC Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau, Pulau Pinang pada 30 Ogos 2024 hingga 1 September 2024. Seramai 40 peserta dari MAYC Wilayah Persekutuan telah hadir menjayakan kursus kali ini. Kursus yang memberi penjelasan berkaitan Pembinaan Negara Bangsa telah menyentuh secara langsung tentang Sejarah Negara, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan 6 nilai Teras Malaysia MADANI. Majlis Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Mahathir bin Mohamad Younus, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri. Hadir bersama-sama dalam Majlis Perasmian ini adalah YBrs. Encik Mohd Al Hafizi bin Haji Abu Bakar, Presiden MAYC Kebangsaan. Manakala Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Fahmi bin Zainol, EXCO Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi merangkap ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang. Turut hadir YBrs. Encik Mohd Hasri bin Mohd Hadzir, Pengarah Bahagian Latihan Komuniti, AKM merangkap Bekas Presiden MAYC Kebangsaan ke-7.