
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : PELATIH PROJEK LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL)
Hits: 9
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐋 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 (𝐄𝐂𝐑𝐋)
𝟏𝟒 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 - 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani: Pelatih Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, Selangor.
Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk menyampaikan mesej Kenegaraan Malaysia MADANI secara lebih khusus melalui Nilai Teras Malaysia MADANI dan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mengenai peranan belia yang bertanggungjawab, berintegriti dan berpotensi menyumbang semula kepada komuniti. Program ini merupakan satu inisiatif strategik di bawah Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) yang bertujuan untuk membangunkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dalam sektor rel, selaras dengan usaha Kerajaan memperkasa pembangunan modal insan tempatan dalam industri berteknologi tinggi. Secara tidak langsung pelatih ini juga berperanan sebagai duta kecil Malaysia ke negara China.
Sehubungan itu, seramai 102 orang pelatih PLKI-ECRL akan dihantar bagi menjalani latihan intensif selama satu tahun di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC), China bermula 19 Mei 2025.
Antara pengisian utama program ini termasuklah sesi forum bersama YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang menyentuh aspek penting pembinaan negara bangsa dan tanggungjawab belia dalam mengangkat nilai-nilai MADANI dalam kehidupan seharian. Turut hadir bersama-sama ialah Encik Ahmad Shukri bin Adnan, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor.
Program ini telah diselaraskan oleh Encik Kamalifauzi bin Abdul Rashid, Ketua Seksyen Belia dan TVET, Bahagian Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)