
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (PENJAWAT AWAM)
Hits: 29
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌)
𝟏𝟕-𝟐𝟎 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧-𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐮 𝐒𝐞𝐩𝐫𝐢
Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (PENJAWAT AWAM) AKRAB Zon Tengah pada 17 hingga 20 Februari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Negeri Sembilan.
Seramai 82 orang peserta yang terdiri daripada ahli AKRAB di pelbagai kementerian dan jabatan telah menghadiri kursus ini. YBrs. Encik Mohd Affendi bin Ya @ Zakaria, Presiden Majlis AKRAB Kebangsaan turut menjadi peserta pada siri kali ini.
Program ini merupakan kolaborasi antara Akademi Kenegaraan Malaysia bersama-sama Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam yang akan dilaksanakan sebanyak 10 siri.
Pengisian kursus ini turut melibatkan slot daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, PACU dan Jabatan Penerangan.
Selama 4 hari 3 malam, para peserta telah melalui Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang memberikan pendedahan berkenaan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini berlangsung.
Selain daripada itu para peserta turut didedahkan dengan pelbagai maklumat daripada PACU dan Jabatan Penerangan.
Majlis Peluncuran Program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Turut hadir di majlis tersebut adalah YBrs. Tuan Shahrir Zaman bin Abd Wahab, Pengarah Bahagian Latihan Eksekutif yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Profesional), Akademi Kenegaraan Malaysia mewakili Ketua Pengarah AKM. Beliau telah menyampaikan ucapan aluan semasa majlis tersebut.