
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (PENJAWAT AWAM)
Hits: 31
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌)
𝟏𝟕-𝟏𝟗 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 / 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 - 𝐑𝐚𝐛𝐮 / 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐒𝐀𝐆𝐔, 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠
Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siri 5/2025 pada 17 hingga 19 Februari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Pahang.
Kursus selama 3 hari 2 malam ini melibatkan seramai 106 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan AKPS, KLIA. Para peserta telah didedahkan dengan modul latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang menekankan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini dilaksanakan .
YBrs. Tuan Nooruladzim bin Ateman, Timbalan Pengarah Kawalan dan YBrs. Tuan Nazaruddin bin Mohamed Zain , Ketua Bahagian Sumber Manusia turut hadir semasa sesi penutupan kursus.