Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI - Penjawat Awam (Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah)

Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI - Penjawat Awam (Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah)

Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI - Penjawat Awam (Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah) pada 19 hingga 22 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, Sabah. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai gred dari seluruh Negeri Sabah telah menghadiri kursus ini. Ceramah bertajuk Malaysia MADANI: Membina Negara Bangsa telah disampaikan oleh Puan Shonitah binti Terang, Pengurus Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang. Selama 4 hari 3 malam, para peserta telah melalui Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang memberikan pendedahan berkenaan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Mereka telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini berlangsung. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Hadir sama Pengarah JPJ Negeri Sabah, Tuan Muhd Hariss bin Ali dan diiringi oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat JPJ Malaysia, Tuan Haji Mohd Tarmizi bin Haji Abd Talib.