
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : PRA-U SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CABANG EMPAT
Hits: 56
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐏𝐑𝐀-𝐔 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓
𝟏𝟑 - 𝟏𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 - 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, Negeri Kelantan telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Pra-U SMK Cabang Empat, Kelantan selama 3 hari 2 malam bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Besut, Terengganu.
Antara pengisian utama termasuk sesi pengenalan mengenai AKM, sesi interaktif, perkongsian ceramah membina negara bangsa, serta pendedahan berkaitan sejarah kenegaraan, ideologi kebangsaan seperti Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan Malaysia MADANI.
Turut hadir dalam program ini ialah Puan Aliffa Noorain Bt Abd Rahim, Guru Akademik Tingkatan 6. Selain itu wakil AKM Besut iaitu Encik Arcbar Azad bin Azanan Penolong Pegawai Latihan dan Encik Zulkarnain bin Khalil bagi menjayakan kursus ini.
Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif dari kalangan pelajar Pra-U SMK Cabang Empat. Ucapan ribuan terima kasih kepada guru di atas kerjasama bagi menjayakan program ini.