
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI SCHOOL OF GOVERNMENT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Hits: 56
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐎𝐅 𝐆𝐎𝐕𝐄𝐑𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝟐𝟗-𝟑𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬- 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢
Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Kedah telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI School Of Government Universiti Utara Malaysia bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Langkawi, Kedah.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar School Of Government Universiti Utara Malaysia. Pelbagai slot yang menarik telah diisi seperti perkongsian Malaysia MADANI, slot membina Negara Bangsa, Slot Pasca Normal, dan interaktif kenegaraan.
Kursus ini telah dihadiri oleh En Normazi bin Untong, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Kedah, selaku Penyelaras Program dan perasmian penutup disempurnakan oleh Dr Adi Syahid Bin Mohd Ali daripada School Of Government, Universiti Utara Malaysia.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan input kenegaraan serta menekankan konsep Malaysia MADANI serta cara tadbir urus dan tatakelola yang baik ke dalam diri peserta di samping menyemai sikap kebersamaan sesama peserta.
Kursus sebegini wajar diteruskan bagi memperkukuhkan hubungan antara AKM dan agensi luar serta memperluaskan kefahaman konsep kenegaraan serta konsep Malaysia MADANI.