Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : SM SIRI 1

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : SM SIRI 1

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐒𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏
𝟐𝟑-𝟐𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 - 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮
Telah berlangsungnya program Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI ini telah dihadiri seramai 100 orang mahasiswa daripada pelajar tahun satu dari pelbagai sekolah pengajian di USM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.
Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman peserta mengenai konsep Malaysia MADANI sebagai landasan pembangunan negara yang inklusif,progresif, dan berteraskan nilai moral. Selain itu, pendekatan Pasca-Normal ditekankan dalam kursus ini dengan penerangan berkaitan 4S (Speed, Scale, Scope, Simultaneity) yang memberi kesan kepada 3 C (Complexity, Chaos, Contradiction). Pendekatan ini selaras dengan usaha membina masyarakat yang harmoni serta menjunjung prinsip kenegaraan.
Peserta memberi maklum balas positif dimana kursus ini memberi manfaat dan perlu diteruskan pada masa akan datang.