
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Training Of Trainers Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI-Pegawai AKM
Hits: 49
YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan (AKM) telah merasmikan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Training Of Trainers Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI-Pegawai AKM pada 5 Julai 2024 bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi, Selangor.
Dalam ucapan perasmian penutup, YBrs. Ketua Pengarah AKM menekankan agar para peserta memantapkan dan meningkatkan lagi potensi diri dari sudut pengetahuan berkaitan kenegaraan agar setiap program-program yang dilaksanakan dapat dijayakan dengan baik dari sudut penyampaian ilmu kenegaraan.
Program tersebut yang berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2024 telah dihadiri seramai 87 orang peserta terdiri daripada Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29) yang bertugas di Ibu pejabat AKM dan Pusat Latihan Kenegaraan seluruh Malaysia.
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pegawai AKM dalam melaksanakan program-program kenegaraan Malaysia MADANI.
"Saya rasa sangat teruja dan semakin bersemangat kerana dapat berjumpa dengan YBrs. Ketua Pengarah pada kali ini", ujar saudara Haziq Aiman bin Ahmad, salah seorang peserta yang juga Penghulu bagi Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Training Of Trainers Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI-Pegawai AKM selepas selesai Sesi Bersama-sama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia dan Majlis Perasmian Penutup program tersebut.