Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI TUNAS BELIA : TINGKATAN 6 DAERAH TEMERLOH, PAHANG

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI TUNAS BELIA : TINGKATAN 6 DAERAH TEMERLOH, PAHANG

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 : 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟔 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝟐𝟑 - 𝟐𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 - 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐫𝐚𝐧
Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Tunas Belia : Tingkatan 6 daerah Temerloh, Pahang pada 23 hingga 25 Februari 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Pahang.
Kursus ini telah dihadiri seramai 120 orang Pelajar Tingkatan 6 SMK Temerloh, Pahang. Objektif kursus ini adalah untuk memperkasa pelaksanaan Program Latihan Kenegaraan kepada kumpulan sasaran belia bagi tahun 2025 selain menyelaras pelaksanaan program diperingkat negeri.
Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohd Affendey b Mohd Saad Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh turut hadir bagi merasmikan majlis. Turut hadir Encik Jaafar bin Hussein Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Menengah dan Tingkatan 6) Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh dan Tuan Haji Mohd Subhi bin Kemi, Pengetua SMK Temerloh.
Semoga penganjuran kursus ini akan menjadikan pelaksanaan program latihan kenegaraan bagi belia mencapai objektif khususnya dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penyebarluasan berkaitan Malaysia MADANI dalam kalangan belia diseluruh negara.