
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (TVET): POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Hits: 21
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐓𝐕𝐄𝐓): 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐔𝐀𝐃𝐙𝐀𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇
𝟏𝟕-𝟏𝟗 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 - 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠
Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, melalui Seksyen Belia dan TVet telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (TVET): Politeknik Muadzam Shah pada 17 hingga 19 Februari 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Pahang.
Kursus ini telah dihadiri seramai 57 orang Pelajar dari Politeknik Muadzam Shah, Pahang yang terdiri daripada 27 orang peserta lelaki dan 30 orang peserta perempuan.
Objektif kursus ini adalah untuk memperkasa kefahaman tentang konsep Malaysia MADANI kepada kumpulan sasaran Belia selain meningkatkan kesedaran tentang prinsip-prinsip kenegaraan.
Semoga penganjuran kursus ini akan mencapai objektif khususnya dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penyebarluasan berkaitan Malaysia MADANI dalam kalangan belia diseluruh negara.