Kursus Kenegaraan Malaysia Madani
Hits: 768
15 Mei 2024 - Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani kolaboratif bersama-sama Amanah Raya Berhad (ARB) pada 13 hingga 15 Mei 2024.
Bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Meru seramai 93 orang pegawai dan kakitangan Amanah Raya Berhad telah menyertai Siri 1 bagi tahun 2024. Kolaboratif AKM dan ARB ini melibatkan sebanyak 5 siri program kursus yang akan dilaksanakan bermula pada bulan Mei sehingga Julai 2024 nanti.
Siri seterusnya akan di jalankan di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.