Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
 Kursus Pengurusan Rekod Kenderaan dan Pemanduan Berhemah melibatkan Pemandu Kenderaan Jabatan dan Pemandu Eksekutif Ibu Pejabat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)

Kursus Pengurusan Rekod Kenderaan dan Pemanduan Berhemah melibatkan Pemandu Kenderaan Jabatan dan Pemandu Eksekutif Ibu Pejabat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)

Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod Kenderaan dan Pemanduan Berhemah melibatkan Pemandu Kenderaan Jabatan dan Pemandu Eksekutif Ibu Pejabat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Institut Kenegaraan Perdana dan Pusat Latihan Kenegaraan pada 25 hingga 26 September 2024 bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Seramai 36 orang peserta telah menyertai dan mengikuti sepenuhnya ceramah yang disampaikan oleh Encik Asmawee bin Abd Wahab, Penolong Jurutera Mekanikal Kanan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Menerusi kursus ini, peserta diterapkan dengan nilai dan etiket pemanduan kenderaan yang berhemah dan berkesan. Terima kasih atas komitmen Pengurusan Tertinggi AKM yang sentiasa menitikberatkan tadbir urus baik dalam kalangan warga AKM.