Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Peningkatan Profesionalisme: Penjawat Awam

14 Mei -2024 - YB Tan Sri Dato' Dr. Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen telah menyampaikan ucapan dan amanat sempena 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐦𝐞 : 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦 yang berlangsung di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur semalam.
Menerusi sesi Ucapan dan Amanat, YB Tan Sri Speaker, menekankan agar agenda dan kerangka pembinaan negara bangsa didokong oleh semua termasuk penjawat awam selain memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat seluruhnya.
 
Beliau turut mengingatkan agar Agenda Malaysia MADANI dapat diterjemahkan kepada seluruh masyarakat melalui jaringan dan kolaborasi dari pelbagai agensi mengikut fungsi masing-masing walaupun diterajui fungsinya olehnya Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).