Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Majlis Bersama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)

Majlis Bersama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)

Majlis Bersama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)
Pada hari ini, satu majlis penting telah berlangsung di Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), yang dipimpin oleh Ketua Pengarah baharu iaitu YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin. Dalam ucapan beliau, Ketua Pengarah menekankan pentingnya seluruh warga AKM untuk menjadikan 3R sebagai prinsip utama dalam melaksanakan tugas seharian, iaitu Reformasi, Relevan, dan Rasional. Prinsip ini bukan sahaja akan memastikan kerja yang dilakukan berada pada landasan yang betul, malah turut memberi impak yang positif terhadap pembangunan organisasi.
Selain itu, Ketua Pengarah turut menyarankan agar AKM memberi fokus kepada empat strategi utama untuk terus meningkatkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan. Strategi tersebut merangkumi:
Pengurusan yang cekap dan pantas,
modul latihan yang berimpak tinggi,
fasiliti latihan bertaraf profesional, dan melahirkan tenaga pengajar yang bermutu.
Dalam majlis yang sama, Sesi Ikrar Akujanji Pegawai dan Kakitangan AKM juga telah diadakan, di mana seramai 74 orang pegawai AKM telah dilantik ke jawatan tetap. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan dan motivasi kakitangan AKM sentiasa terjaga.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah( Pengurusan) En. Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) En. Sharir Zaman bin Abdul Wahab serta pengarah-pengarah Bahagian. Kehadiran mereka memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan agenda dan strategi AKM ke arah kecemerlangan yang berterusan.
Semoga melalui usaha dan komitmen yang tinggi dari seluruh warga AKM, kita dapat terus memajukan diri serta memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.