
MAJLIS PELETAKKAN LOGO SINGGAH MADANI DI RANGKAIAN RESTORAN NASI KANDAR PUTRAJAYA
Hits: 46
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐓𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐒𝐓𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀*
𝟐𝟖 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 |𝐉𝐮𝐦𝐦𝐚𝐭| 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Program Singgah MADANI merupakan inisiatif baharu Akademi Kenegaraan Malaysia dalam menyebarluaskan kefahaman berkaitan kenegaraan dan Malaysia MADANI kepada masyarakat luar secara lebih santai tetapi sampai kepada masyarakat. Program Singgah MADANI ini merupakan anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia(AKM) dengan kerjasama Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA ), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Perbadanan Putrajaya dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Program pertama ini di jalankan di Restoran Nasi Kandar Liga Maju, Putrajaya.
Pengisian program yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai AKM, dimulai dengan Sesi Interaktif Kenegaraan oleh Encik Haslizar Rozally dan Cik Eka Farlina binti Saparudin. Diikuti Sesi Sembang Santai dikendalikan oleh Encik Ahmad Shukri bin Haji Adnan dan Puan Nini Noraiza binti Musa. Sembang Santai tersebut telah di selang seli dengan persembahan buskers.
Kemuncak kepada Program Singgah MADANI ini adalah ketibaan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia untuk menandatangani plak Logo Singgah MADANI sebagai simbolik perasmian Singgah MADANI. YB Dato’ Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan yang turut serta mengiringi YAB Perdana Menteri. Ketibaan YAB Perdana Menteri telah disambut oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara , YBhg. Dato’ Dr. Hj. Roslan Bin Hussin, Ketua Pengarah AKM bersama-sama pengurusan tertinggi AKM, Encik Mohamed Ibrahim bin Mohamed Presiden GEPIMA, YBhg. Dato’ Jawahar Ali, Presiden PRESMA, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO dan YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Seramai hampir 1000 orang telah hadir ke program tersebut dari pagi hingga ke petang.