Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Peluncuran Modul Kenegaraan Malaysia MADANI

Putrajaya, 5 Jun 2024 - YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Modul Kenegaraan Malaysia MADANI pada hari ini bertempat di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Selaras hasrat Perdana Manteri untuk meningkatkan ilmu kenegaraan dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan warga Malaysia, Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI telah berjaya dibangunkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan juga rakan kolaboratif strategik AKM.
 
Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI diolah dengan mengambil kira pelbagai aspek dan disesuaikan dengan agenda dan matlamat gagasan MADANI. Kaedah pelaksanaan modul yang telah diperkenalkan menggabungkan kaedah konvesional dan pendigitalan supaya menarik minat pelbagai pihak khususnya golongan muda.
 
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Jemaah Menteri, KSN, KPPA, KSU, dan Ketua-ketua Jabatan kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan.
Seramai 2,000 hadirin telah hadir terdiri daripada pelbagai kumpulan sasaran seperti Kepimpinan Negara, Penjawat Awam, Badan Beruniform, Sektor Swasta, NGO, Badan Berkanun, Pelajar Sekolah, Mahasiswa, Institut Kemahiran Belia, Komuniti (bandar, desa dan peneroka) dan komuniti Domain Digital serta Media.
 
Dengan adanya Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang pertama dibangunkan sekali gus menjadi penanda aras, rujukan dan panduan dalam pelaksanaan program latihan kenegaraan kepada semua kumpulan sasar terlibat. Menerusi Program Latihan Kenegaraan ini juga diharapkan ia dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang patriotik serta progresif dalam usaha meneruskan agenda pembinaan negara bangsa.