
Majlis Penyerahan Projek bagi Tawaran Semula Kerja-Kerja Menaiktaraf Kem Wawasan Negara Langkawi
Hits: 24
Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Tawaran Semula Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Kem Wawasan Negara Langkawi, Jalan Batu Asah, Langkawi, Kedah Darul Aman telah berlangsung pada 9 September 2024 dengan jayanya bertempat di Auditorium Mahsuri, Pusat Latihan Kenegaraan, Langkawi, Kedah Darul Aman. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri. Turut hadir sama ialah YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, YBhg. Dato' Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), Akademi Kenegaraan Malaysia, YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa dan YBrs. En. Mohamad Rosyidi bin Osman, Pengarah Urusan Teras Jelapang Sdn. Bhd selaku Kontraktor Utama. Semoga dengan usaha sama yang ditunjukkan oleh semua pihak ini memberikan jalinan strategik yang baik untuk masa akan datang.