Majlis Perasmian Program MFLS Tier 3 Tahun 2024
Hits: 51
15 Mei 2024 - YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah merasmikan Program MFLS Tier 3 Tahun 2024.
Dalam ucapan perasmiannya beliau mewakili keluarga besar AKM mengucapkan selamat datang kepada semua bakal pemimpin masa hadapan dan merakamkan ucapan tahniah atas pemilihan ke program MFLS Tier 3 Tahun 2024.
Pada sesi itu juga, beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan para peserta yang masing-masing kelihatan sangat bersemangat dan teruja pada sesi ini.