Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH AKM BILANGAN 1 TAHUN 2025

MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH AKM BILANGAN 1 TAHUN 2025

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛-𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗠 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟭 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝟭𝟵 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗥𝗮𝗯𝘂 | 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂
Bahagian Khidmat Pengurusan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah melaksanakan mesyuarat Pengarah-Pengarah AKM Bilangan 1 Tahun 2025.
YBhg. Datuk Dr Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri hadir di sepanjang program. Hadir bersama ialah YBrs. Encik Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Pengarah-pengarah Bahagian AKM, Pengarah-pengarah Negeri dan pegawai-pegawai kanan AKM.
Penganjuran program yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Sabah ini bertujuan memperkukuhkan pelaksanaan program di peringkat Ibu Pejabat AKM dan AKM Negeri. Terdapat keperluan untuk mendapatkan kerjasama antara agensi Persekutuan dan Negeri dalam merealisasikan pelaksanaan Program Malaysia MADANI yang berkesan diseluruh pelosok negeri.
Di samping itu, program ini juga bagi membentuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional AKM agar sentiasa progresif, dan berupaya menghayati peranan AKM selalu pembina negara bangsa.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan turut mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan peserta yang hadir.