
Mesyuarat Penyelarasan Awal Konvensyen Ekonomi GIG Malaysia Madani 2024
Hits: 39
Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Awal Konvensyen Ekonomi GIG Malaysia Madani 2024. Mesyuarat diadakan bertujuan bagi memberi penerangan serta berkongsi informasi berkaitan pengisian konvensyen yang dijadualkan bakal berlangsung pada 28 Oktober 2024, yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Mesyuarat penyelarasan ini telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk TPj Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia dan YB Dato' Sri Hj Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin selaku Pengerusi Sekretariat Komuniti Gig Malaysia (MyGIG). Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil agensi kerajaan, badan berkanun, badan korporat serta badan bukan kerajaan yang terlibat di dalam ekonomi Gig ini. Antara wakil agensi yang hadir adalah daripada KESUMA, MARA, Perkeso, KWSP, Universiti Malaya, MDEC, MTUC, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Grab Malaysia, Persatuan Penghantar Malaysia, PPRPM, Sekretariat MyGIG serta Timbalan Ketua Pengarah Latihan dan barisan pengarah dan pegawai dari Akademi Kenegaraan Malaysia.