Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Musyawarah bagi pelaksanaan Kursus Kenegaraan untuk program pelajar di Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia telah berlangsung pada 24 Januari 2025

Musyawarah bagi pelaksanaan Kursus Kenegaraan untuk program pelajar di Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia telah berlangsung pada 24 Januari 2025

Musyawarah bagi pelaksanaan Kursus Kenegaraan untuk program pelajar di Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia telah berlangsung pada 24 Januari 2025.
Perbincangan difokuskan kepada pembentukan watak dan jati diri pelajar supaya semua pelajar baharu yang bakal mendaftar pada bulan Jun nanti diberikan pendedahan awal berkaitan kenegaraan Malaysia MADANI.
Kehadiran Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar, Tuan Khairudin bin Nozari bagi mempengerusikan musyawarah bersama-sama pegawai latihan Seksyen Institusi Pengajian, Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan telah menyatakan hasrat supaya sinergi latihan ini dapat memberikan impak kepada pelajar matrikulasi tanpa mengabaikan elemen digital dan penyebarluasan di media sosial pelajar.
Kepemimpinan pelajar akan diasuh dengan kesinambungan modul Gen MADANI di sekolah, kemudian modul kenegaraan di Matrikulasi oleh AKM. Warisan kepemimpinan negara yang akan dilatih ini perlu disubur bugar dengan nilai² HORMAT dan CINTA kepada negara.
Semoga ideologi kebangsaan menjadi keutamaan & bertiwikrama kepada penghayatan sebenar berbanding hanya penghafalan semata-mata.