
Pembudayaan Malaysia MADANI melalui logo bagi setiap program anjuran kementerian dan lagu Darah Satria sebagai lagu rasmi Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI
Hits: 34
Pembudayaan Malaysia MADANI melalui logo bagi setiap program anjuran kementerian dan lagu Darah Satria sebagai lagu rasmi Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI akan diluncurkan tidak lama lagi.
Persetujuan dicapai antara Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan Kementerian Komunikasi semasa kunjungan hormat YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah (AKM) kepada YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi yang berlangsung pada 10 Julai 2024. Turut hadir bersama-sama ialah YBrs. Encik Noor Hisham bin Rosle, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, pegawai-pegawai dari Bahagian Perancangan Strategik dan Unit Komunikasi Korporat, AKM.