Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
PEMUKIMAN PROGRAM KOMUNITI MADANI

PEMUKIMAN PROGRAM KOMUNITI MADANI

𝐏𝐄𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝟏𝟗 - 𝟐𝟏 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 - 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Pemukiman Program Komuniti MADANI telah berlangsung selama tiga hari, dari 19 hingga 21 Februari 2025. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Perdana Menteri dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan matlamat untuk meningkatkan impak program yang dilaksanakan oleh jabatan strategik, di samping memperkukuh kolaborasi antara agensi. Selain itu, program ini juga berperanan sebagai platform penyampaian inisiatif dan dasar kerajaan secara berkesan kepada rakyat.
Penyertaan dalam program ini melibatkan pelbagai jabatan dan agensi, termasuk pegawai kanan dan kakitangan yang terlibat dalam perancangan strategik serta pengurusan program dan aktiviti komuniti.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa peranan Komuniti MADANI amat penting sebagai medium penyampaian maklumat yang tepat dan berasaskan fakta. Beliau juga menegaskan kepentingan menghindari fenomena "misformed society" yang berpunca daripada lambakan berita palsu dan maklumat yang tidak sahih.
Komuniti MADANI juga, perlu memberi penekanan kepada aspek kenegaraan, kesetiaan, dan ketaatan #𝐭𝐚𝐚𝐭𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚, di samping memupuk semangat patriotisme dan perpaduan sebagai asas pembinaan negara bangsa. Kewujudannya amat penting dalam memastikan keutuhan sosial dan kesepaduan masyarakat, yang menjadi teras kepada kepelbagaian kaum di negara ini.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin, 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐊𝐌 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐑𝐨𝐬𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐮𝐬𝐬𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 berterusan kerajaan dalam memperkasa Komuniti MADANI sebagai platform penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakyat.