Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
PERBINCANGAN PELAKSAAN PROGRAM BERSAMA-SAMA PROLINTAS

PERBINCANGAN PELAKSAAN PROGRAM BERSAMA-SAMA PROLINTAS

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒
𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐏𝐑𝐎𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐍𝐁
Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan perbincangan di Menara PNB bersama-sama pegawai-pegawai daripada Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd atau PROLINTAS pada pagi Jumaat. Pegawai-pegawai yang menyertai perbincangan tersebut adalah Encik Yazid Bin Misnan, General Manager Human Capital Division, Puan Mazwuin Bt Maulud, Asst Manager, Training dan Development, Human Capital Division dan Encik Aizuddin Bin Zamani, Senior Executive, Training & Development, Human Capital Division. Perbincangan adalah berfokus kepada penerangan berkaitan Akademi Kenegaraan Malaysia dan program yang ditawarkan kepada pegawai dan kakitangan PROLINTAS.
Harapannya adalah usaha menyebarluaskan kefahaman berkaitan Malaysia MADANI dan kenegaraan dapat dilaksanakan dengan baik kepada semua lapisan masyarakat amnya dan kepada warga korporat khususnya.