Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Perbincangan pelaksanaan program AKM dan MiDAS yang memerlukan kerjasama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. AKM akan mengadakan 142 siri Seminar Kenegaraan Pendidik kepada guru

Perbincangan pelaksanaan program AKM dan MiDAS yang memerlukan kerjasama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. AKM akan mengadakan 142 siri Seminar Kenegaraan Pendidik kepada guru

YBrs.Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mengadakan sesi pertemuan dengan YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Turut hadir dalam sesi perjumpaan adalah YBhg. Dato' Yaacob bin Sumiran, Ketua Eksekutif Institut Keselamatan dan Pertahanan Malaysia (MiDAS). Fokus utama pertemuan ini adalah membincangkan pelaksanaan program AKM dan MiDAS yang memerlukan kerjasama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. AKM akan mengadakan 142 siri Seminar Kenegaraan Pendidik kepada guru sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara pada bulan September 2024. Manakala MiDAS pula membincangkan berkenaan program Pra PLKN 3.0 yang akan melibatkan murid tingkatan 4 dan 5 di semua sekolah menengah pada tahun 2026. Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh YBrs. KPPM ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah dari KPM, iaitu YBrs. Tuan Haji Ithnin bin Mahadi, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kesenian dan Kokurikulum, YBrs. Dr. Nor Foniza binti Maidi, Timbalan Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru dan YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Manakala dari AKM turut hadir adalah YBrs. Encik Noor Hisham bin Rosle, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, YBrs. Encik Khalid bin Mohammad Yusof, Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan serta beberapa orang pegawai kanan AKM.