Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
PERBINCANGAN PROGRAM KENEGARAAN MALAYSIA MADANI BERSAMA PARK MAY

PERBINCANGAN PROGRAM KENEGARAAN MALAYSIA MADANI BERSAMA PARK MAY

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐌𝐀𝐘
𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐌𝐚𝐲 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Penglibatan sektor korporat di dalam pembangunan Negara adalah amat penting dan kerjasama di antara sektor awam dan korporat perlu berterusan di dalam memastikan agenda pembangunan Negara dapat dilaksanakan bersama-sama.
Bahagian Korporat hari ini telah mengadakan perbincangan Program Kenegaraan Malaysia Madani bersama-sama 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐌𝐚𝐲 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 yang merupakan operator kepada syarikat pengangkutan bas Transnational, Plusliner dan Nice. Perbincangan adalah menjurus kepada pelaksanaan program kepada eksekutif dan kakitangan Park May Berhad akan datang. Perbincangan juga melibatkan program-program khas yang dapat dilaksanakan bersama-sama.
Sesi perbincangan ini dimulakan oleh YBrs. Puan Wan Nurul Lizza Bakhrojin, Head of Talent dan Culture Development serta seterusnya dari pihak AKM oleh YBrs. Encik Mohd Khailani Ismail, Pengarah Bahagian Korporat. Turut serta di dalam perbincangan adalah YBrs. Tuan Muhammad Syamil Bin Mohd Alim Shah Executive IR , Cik Norhaida Binti Ariffin Ketua Seksyen Korporat bersama-sama penolong pegawai Bahagian Korporat.
Terima kasih kepada Park May Berhad di atas ruang perbincangan dan diharapkan pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan jayanya akan datang.