Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
PERBINCANGAN SUSULAN BERSAMA PERTUBUHAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) KEBANGSAAN Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri

PERBINCANGAN SUSULAN BERSAMA PERTUBUHAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) KEBANGSAAN Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri

PERBINCANGAN SUSULAN BERSAMA PERTUBUHAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) KEBANGSAAN
Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri menerusi Seksyen Belia dan TVET, telah mengadakan satu perbincangan kolaboratif bersama pihak Pertubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan.
Perbincangan ini adalah susulan kunjungan hormat GPMS ke AKM sebelum ini.
Perbincangan yang telah diadakan di Institut Kenegaraan Perdana (IKP), Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada 3 Februari 2025 yang lalu telah dipengerusikan oleh YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, AKM.
Pihak GPMS pula dihadiri oleh Saudara Mohd Fazreen Ismadi bin Fauzi, Presiden GPMS. Saudari Shalina binti Mohd Abdul Nasir, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita. Saudara Ku Amirul Faiz bin Ku Seman, Ketua Penerangan. Saudara Mohd Wafiyyudin Al-Awal, Ketua Biro Kepimpinan dan Perkaderan dan Saudari Aimy Nabilla binti Mohamad Yusof, YDP GPMS Teluk Intan, Perak.
Menerusi perbincangan ini, pihak GPMS Kebangsaan telah berkongsi pandangan mengenai program yang akan dilaksanakan dengan kolaborasi AKM. Persetujuan tarikh pelaksanaan program juga telah dicapai dalam perbincangan ini dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman Kenegaraan khususnya berkaitan Malaysia MADANI dalam kalangan belia berpertubuhan.