
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri
Hits: 55
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Julai 2024 telah berlangsung pada pagi ini bertempat di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI.
YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersama-sama Warga AKM dengan penuh bersemangat bersama-sama menghadiri majlis tersebut bagi mendengar amanat daripada YAB Perdana Menteri.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, dalam ucapannya mengupas beberapa intipati antaranya beliau memberi jaminan bagi kuota matrikulasi untuk Bumiputera dikekalkan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal melanjutkan pengajian dan sistem meritokrasi perlu dikekalkan, kesaksamaan dan keadilan juga menjadi moto Kerajaan.
Turut hadir ialah YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM).