Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
𝟏𝟎 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐄𝐧𝐝𝐨𝐧, 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀𝐏𝐔𝐑𝐈.
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Februari 2025 telah berlangsung semalam bertempat di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI.
YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersama-sama Warga AKM dengan penuh bersemangat hadir ke majlis tersebut bagi mendengar amanat daripada YAB Perdana Menteri.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, dalam ucapannya mengupas beberapa intipati antaranya :
📌 Mempercepatkan proses kerja dalam sistem perkhidmatan awam;
📌 Pengaturan tatakelola yang baik dalam penguatkuasaan;
📌 Sentiasa tegas dan mengikut peraturan dalam melaksanakan tugasan;
📌 Terima kasih kepada pegawai awam yang terlibat dalam Kepengerusian ASEAN dan ratusan program negara. Perkara ini jarang mendapat liputan media dan harus dibanggakan;
📌 Meningkatkan keprihatinan kepada rakyat; dan
📌 Negara mampu memacu kejayaan, sekali gus dikagumi oleh negara lain.