Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
PROGRAM KEPIMPINAN PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI MALAYA

PROGRAM KEPIMPINAN PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI MALAYA

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐀
𝟐𝟖 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 - 𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 - 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Program Kepimpinan Pengurusan Tertinggi Universiti Malaya telah berlangsung dari 28 Februari hingga 1 Mac 2025. Program ini merupakan program Kerjasama antara Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Malaya selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI bagi memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme.
Antara objektif program adalah untuk menyebarluaskan kegahaman dan penghayatan falsafah MADANI serta nilai-nilai kebangsaan dalam kalangan warga Universiti Malaya.
Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. YAB Datuk Seri turut membuat pelancaran berkaitan dengan garis panduan kampus inklusif OKU UM (UM-InOKU).
Manakala YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengisi sesi Dialog besama Pemimpin dalam Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan UM dan juga sesi "Inspirasi Keilmuan, Mendaya Upaya Cendekia".
Sesi bersama YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat membawa tajuk ‘Kenegaraan Malaysia MADANI’.
YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Haji Hussin, Ketua Pengarah AKM, mengupas tajuk Malaysia MADANI Faham Kenegaraan.
Pengisian lain adalah Perkongsian Profesional oleh YBhg. Tan Sri Abdul Wahid bin Omar berbicara mengenai Kepimpinan tanpa sempadan dan YBhg. Laksamana (B) Tan Sri Ahmad Kamaruzzaman berbicara mengenai Mendepani Cabaran Teknologi.
Seramai 200 orang peserta terdiri daripada Kepimpinan Tertinggi Universiti Malaya (UM) telah hadir menyertai program ini. Semoga jaringan kerjasama strategik antara AKM dengan institusi pendidikan tinggi di Malaysia akan diperkukuhkan bagi memberi manfaat dalam kecemerlangan pembinaan negara bangsa.