
Program Santuni MADANI - Program Satu Pemimpin Satu Kampung dengan jayanya pada 28 September 2024 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Taman Bukit Beruang, Melaka
Hits: 36
Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Program Santuni MADANI - Program Satu Pemimpin Satu Kampung dengan jayanya pada 28 September 2024 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Taman Bukit Beruang, Melaka. YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia telah bersama-sama turun padang menyantuni masyarakat setempat di sana. Jalinan kerjasama di antara pemimpin masyarakat dan komuniti dalam kawasan Bukit Beruang telah berjaya mencapai objektif program ini. YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Kerajaan Negeri Melaka telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Santuni MADANI. Akademi Kenegaraan Malaysia mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia awam, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, MPHTJ dan Teknologi Hijau yang telah menjadi rakan kolaborasi dan menjayakan dengan baik.