Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
PROGRAM SEMINAR FIQH KENEGARAAN MALAYSIA MADANI NEGERI SABAH

PROGRAM SEMINAR FIQH KENEGARAAN MALAYSIA MADANI NEGERI SABAH

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗙𝗜𝗤𝗛 𝗞𝗘𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
𝟭𝟴-𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮 | 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂
YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan (AKM), Pejabat Perdana Menteri, hadir ke Program Seminar Fiqh Kenegaraan Malaysia Madani anjuran AKM Negeri Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Sabah, bertempat di Dewan Sipadan, Sabah International Convention Centre (SICC).
Pengenalan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pidato Malaysia Madani: Fiqh Kenegaraan, dan Forum Malaysia Madani: Fiqh Kenegaraan adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan sewaktu Seminar ini berlangsung.
Kehadiran dif jemputan YBhg. Dato Haji Ahmad Azam bin Ab. Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). En Mohd Sufian bin Bahrin, Penolong Pengawai Hal Ehwal Islam, JHEAINS Sandakan. SS Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah. Dr. Japran bin Haji Kusin, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud.
Seminar disempurnakan oleh YB Datuk Dr.Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Turut hadir dari AKM YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AKM dan YBhg. Datin Shonitah binti Terang, Pengarah AKM Negeri Sabah. Seminar ini juga dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Sapawi bin Haji Ahmad, Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).