Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
PROGRAM SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI NEGERI SABAH: SEMINAR PENDIDIKAN PASCA NORMAL

PROGRAM SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI NEGERI SABAH: SEMINAR PENDIDIKAN PASCA NORMAL

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 : 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 𝐍𝐎𝐑𝐌𝐀𝐋
𝟐𝟐-𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 | 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂
Telah berlangsung Program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani : Pendidikan Pasca Normal, anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri, Negeri Sabah dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah dan Connecting Dots Learning ( CDL ) bertempat di Ballroom, Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
Sempena program tersebut pengenalan tentang Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri dan penerangan berkaitan Malaysia Madani telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri iaitu Y.Bhg Datin Shonitah binti Terang.
Manakala sesi ucaptama telah disampaikan oleh Y.Brs Dr Mohd Azam bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ( Sektor Pembangunan Profesionalisme ) dengan tema Komitmen Pendidikan dalam menghadapi cabaran Pasca Normal.
Sesi Forum Kepimpinan Pasca Normal telah disampaikan oleh panel-panel hebat yang terdiri dari Y.Bhg Datuk Dr. Amin bin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan,Y.Brs En. Ab Aziz bin Mamat, Pengarah Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan, dan Y.Bhg Datuk Dr. Mistirine Radin, Mantan Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru.
Turut hadir ialah YBrs. Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah Cawangan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah selaku penganjur bersama program.
Seminar telah disempurnakan oleh YB. Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.
Objektif pelaksanaan program ialah untuk memperkenalkan Akademi Kenegaraan Malaysia kepada kumpulan sasar yang lebih luas dan antara lain tujuan ialah mengupas topik pendidikan dari aspek baru iaitu era pasca normal.